Tambang AirAsia Naik Sedikit Akibat Konflik Asia Barat, Tapi Masih Mampu Milik – Tony Fernandes

Tambang penerbangan AirAsia berkemungkinan mengalami kenaikan kecil susulan konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada harga minyak mentah, namun syarikat itu memberi jaminan harga tiket masih akan kekal pada tahap mampu milik.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, syarikat penerbangan tambang rendah itu tidak akan membatalkan penerbangan walaupun kos bahan api meningkat kerana permintaan penumpang ketika ini masih tinggi.

“Kami tidak akan membatalkan penerbangan kerana permintaan adalah baik. Kami melakukan yang terbaik untuk mengekalkan tambang serendah yang mungkin namun kami memerlukan sokongan daripada bahagian lain dalam ekosistem penerbangan,” katanya pada sidang media semalam.

Tony berkata peningkatan kos bahan api sememangnya tidak dapat dielakkan dan ia akan menyebabkan pelarasan tambang, namun AirAsia menyasarkan supaya kenaikan itu lebih rendah berbanding syarikat penerbangan lain.

“Tambang memang akan dinaikkan, tiada pilihan lain, tetapi kenaikan tambang kami akan lebih rendah berbanding yang lain,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, walaupun AirAsia berdepan tekanan kos, syarikat itu masih mampu meneruskan operasi dan menyerap sebahagian beban tambahan tersebut.

Menurutnya, keadaan itu turut dibantu oleh pengurangan kapasiti penerbangan oleh beberapa syarikat penerbangan dari rantau Teluk seperti Emirates, Etihad dan Qatar Airways, yang dikatakan berkurangan sekitar 15 hingga 20 peratus tempat duduk.

“Permintaan adalah baik, kami boleh terus beroperasi dan menyerap kos tambahan ini kerana kapasiti penerbangan (oleh syarikat penerbangan) rantau Teluk seperti Emirates, Etihad dan Qatar telah berkurangan sekitar 15 hingga 20 peratus tempat duduk,” katanya.

Tony berkata pengurangan kapasiti itu juga membuka peluang kepada negara-negara ASEAN untuk memperkukuh kedudukan masing-masing sebagai hab penerbangan alternatif di rantau ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan peningkatan kos operasi tidak seharusnya ditanggung oleh syarikat penerbangan sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak dalam industri termasuk syarikat bahan api, pengendali lapangan terbang dan rantaian bekalan lain.

“Beban ini tidak boleh ditanggung oleh industri penerbangan sahaja. Syarikat bahan api juga perlu melaksanakan peranan. Pihak pengendali lapangan terbang juga perlu berbuat sedemikian. Rantaian bekalan lain juga sama,” katanya.

Dalam pada itu, Tony berkata industri penerbangan pernah berdepan cabaran jauh lebih besar ketika pandemik COVID-19 dan beliau yakin AirAsia mampu mengharungi situasi semasa menerusi inovasi serta langkah strategik.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan