GPI Kutip 514KG “Sampah Malam Raya” Termasuk 25 Botol Alkohol Di Lembah Sireh

Komuniti Geng Plastik Ija (GPI) turun melakukan aktiviti pembersihan di kawasan Lembah Sireh, Kota Bharu pagi Sabtu, susulan aduan awam berkaitan lambakan sampah selepas malam raya.

Menerusi perkongsian di Facebook, GPI memaklumkan operasi pembersihan itu memberi fokus kepada kawasan pesisir Sungai Kelantan hingga ke dataran lapang yang menjadi lokasi orang ramai bermain bunga api pada malam Aidilfitri.

Walaupun kawasan berkenaan merupakan tanah persendirian, pasukan GPI Kota Bharu tetap berusaha mendapatkan kebenaran masuk selepas berbincang bersama Pengerusi Geng Plastik Ija, En Zulkefli Sarji, dan pegawai unit kebersihan MPKB-BRI, Muhamad Huzaifah.

Menurut GPI, pihak MPKB-BRI tidak dapat masuk untuk mengutip sampah kerana status tanah persendirian, namun unit kebersihan bersetuju memberi sokongan untuk pelupusan sampah yang tidak boleh dikitar semula.

132 Kotak Bunga Api Besar, Berat Cecah 331.85KG

GPI berkata objektif utama operasi hari ini adalah untuk mengutip bekas bunga api yang ditinggalkan, dan hasilnya amat mengejutkan.

Mereka berjaya mengumpul sebanyak 132 kotak bunga api bersaiz besar (50 shot ke atas), selain pelbagai kotak mercun lain yang ditinggalkan merata-rata.

Sebahagian daripada sisa mercun yang ditinggalkan sejak malam raya. Foto: Geng Plastik Ija

Sebahagian daripada sisa mercun yang ditinggalkan sejak malam raya | Foto: Geng Plastik Ija


Lebih mengejutkan, berat kotak mercun sahaja mencecah 331.85 kilogram, manakala jumlah keseluruhan sampah yang dikutip hari ini adalah sebanyak 514 kilogram.

Apa yang mencuri perhatian ramai, GPI turut memuji semangat anak-anak kecil yang masih bersekolah, datang dari Tumpat dan Ketereh, sanggup mengutip satu persatu kotak bunga api walaupun cuaca panas dan keletihan.

25 Botol Alkohol Ditemui, “Ini Bukan Cara Sambut Raya”

Namun, dalam operasi yang sama, GPI turut meluahkan rasa kecewa apabila menemui 25 botol alkohol yang telah habis digunakan dan dibuang merata-rata di kawasan berkenaan.

botol minuman keras yang ditinggalkan di kawasan lembah sireh

Botol minuman keras antara yang ditinggalkan | Foto: Geng Plastik Ija


Lebih membimbangkan, sebanyak 20 botol alkohol ditemui dibuang di satu lokasi yang sama, dipercayai disorok di pangkal pokok.

GPI menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku ketika sambutan Aidilfitri.

Menurut mereka, anak-anak Kelantan seharusnya lebih menjaga akhlak dan memahami batas halal dan haram, selain mengingatkan bahawa arak boleh merosakkan institusi keluarga serta masyarakat.

Pampers Berisi Najis Pun Ditinggalkan

Selain kotak mercun dan botol alkohol, GPI turut mendakwa terdapat sampah makanan, plastik putih yang digunakan sebagai alas makan, malah pampers bayi berisi najis turut ditinggalkan di kawasan tersebut.

GPI menegaskan budaya membuang sampah merata-rata bukanlah budaya rakyat Kelantan yang berpendidikan.

GPI merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dianggotai sukarelawan yang aktif menjalankan kerja-kerja pembersihan di tempat awam sekitar negeri Kelantan.


Sumber: Geng Plastik Ija

SHARE:

TERKINI

“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
|
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kematian…
“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Jawatan Kosong Kelantan