Zamsaham Akui Bisnes Jatuh, Tekad Bangkit Semula, Jual Aset Selesai Hutang

Usahawan yang dikenali ramai sebagai Zamsaham, atau nama sebenarnya Norizam Tukiman, sekali lagi menjadi perhatian selepas berkongsi luahan mengenai keadaan bisnesnya yang didakwa sedang berada dalam fasa paling sukar.

Dalam hantaran di Facebook, Zamsaham berkata kejatuhan bisnes menyebabkan dirinya turut “jatuh” sehingga terpaksa menjual pelbagai aset termasuk jam, tanah, rumah, kereta mewah Porsche serta hotel yang dibangunkan pada tahun 2014.

“Bisnes jatuh, saya juga jatuh. Jam jual, tanah jual, 3 bijik rumah apartment, rumah bungalow jual, kereta Porsche jual, hotel Zamsaham yang dibuat tahun 2014 tu pun saya jual,” katanya.

Kali Ketiga Jatuh Bisnes

Menurut beliau, keadaan tersebut bukan kali pertama berlaku, sebaliknya ini adalah kali ketiga dirinya melalui episod kejatuhan perniagaan.

Namun, beliau tetap berpegang pada prinsip untuk bangkit semula dan menyifatkan ujian itu sebagai ketentuan Allah yang mempunyai hikmah tersendiri.

“Buat masa ni kena bermula dari Ground Zero. InshaAllah ada rezeki Allah kasi bangkit semula,” tulisnya lagi.

Kongsi Dokumen KWSP

Dalam masa sama, Zamsaham turut berkongsi sekeping dokumen berkaitan tindakan undang-undang KWSP yang dikaitkan dengan syarikat UNCLEZAM HOLDING BERHAD.

zamsaham


Berdasarkan dokumen tersebut, syarikat berkenaan disenaraikan mempunyai:

  • Amaun taksiran: RM161,217.00
  • Baki tunggakan: RM100,283.00
  • Tempoh taksiran: Ogos 2022 hingga Oktober 2023

Zamsaham: RM36,301 Dah Bayar

Zamsaham tampil memberi kenyataan bahawa beliau sudah mula membuat pembayaran kepada KWSP.

“Yang ini RM36,301 dah bayar ke EPF. Walaupun banyak lagi nak kena bayar, yang penting kita bayar, one by one inshaAllah sampai semua syarikat-syarikat selesai,” katanya.

Untuk rekod, Zamsaham merupakan figura bidang pelaburan saham yang pernah mencuri perhatian apabila membeli dan memiliki kelab bola sepak Kelantan FC yang kini telah terkubur akibat masalah kewangan.

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!