[VIDEO] Mat Saleh Teruja Dapat Duit Raya Dari Kanak-kanak Ketika Di Kelantan

Tindakan tiga kanak-kanak dari Kampung Kundur mencuri perhatian ramai selepas video mereka memberi sampul duit raya kepada seorang pelancong asing tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun YouTube Smile With Scotty, pelancong tersebut kelihatan teruja apabila menerima sampul duit raya yang diberikan oleh kanak-kanak terbabit.

Apa yang lebih mencuit hati, pelancong itu sempat menunjukkan sampul tersebut kepada kamera sebelum membuka dan mendapati ia mengandungi duit raya.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika pelancong berkenaan sedang berjalan di sekitar kawasan Kampung Kundur, sebelum didatangi tiga kanak-kanak yang tampil memberikan duit raya sebagai tanda persahabatan dan kemeriahan Aidilfitri.

Rata-rata netizen memuji sikap kanak-kanak itu yang dianggap mencerminkan budaya rakyat Malaysia yang mesra, pemurah dan penuh adab.

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan