Penjaga gol KRW pengsan dalam perlawanan disahkan stabil

KOTA BHARU, 7 Sept – Perlawanan persahabatan antara Kelantan Red Warrior (KRW) menentang Seoul Phoenix semalam berakhir seri tanpa jaringan, namun insiden melibatkan penjaga gol KRW, Shafiq Afifi Suhaimi, mencemaskan para penyokong.

Shafiq Afifi, 24, rebah secara tiba-tiba pada minit ke-72 di hadapan gawang dipercayai selepas terhantuk pada tiang gol ketika cuba menyelamatkan percubaan lawan pada minit ke-62. Beliau segera diberi rawatan kecemasan di padang sebelum diusung keluar dan dibawa ke hospital dengan ambulans.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRW, Wan Fajarul Ashraf, dalam satu kenyataan di media sosial memaklumkan, pemeriksaan termasuk imbasan CT menunjukkan tiada kecederaan serius, patah atau pendarahan dalam kepala.

“Keadaan Shafiq stabil. Dia hanya memerlukan rehat fizikal serta mental antara 24 hingga 48 jam sebelum dinilai semula untuk kembali beraksi,” tulis beliau.

Wan Fajarul turut menzahirkan penghargaan kepada penyokong atas doa dan sokongan yang diberikan serta menyifatkan Shafiq beraksi penuh semangat sepanjang perlawanan.

#KelantanDaily

TERKINI

Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur
|
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat…
Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC
|
[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd…
Mimpi Anak Jadi Kenyataan, Pendulang Emas Ditemui Maut Di Sungai Ulu Galas Gua Musang
|
Seorang pendulang emas ditemukan maut di Sungai Ulu Galas,…
[VIDEO] Pesara 67 Tahun Di Johor Direman Enam Hari, Disyaki Rogol Cucu 13 Tahun
|
Seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam…
Ambulans Kemalangan Di Besut, Pesakit Remaja Cedera Parah
|
Seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah…
Irfan Bakti Kekal Bimbing Kelantan Red Warrior FC Bagi Musim 2026/27
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mengumumkan Irfan Bakti Abu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!