Tiga Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Cuba Curi Kabel Di Ipoh

Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel di kawasan tanah lapang di Taman Rapat Perdana, Ipoh pagi tadi, 16 Mac.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 10 pagi memaklumkan kejadian di kawasan tiang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad.


Maut Di Tempat Kejadian

Menurut beliau, sepasukan polis segera bergegas ke lokasi sebelum mendapati ketiga-tiga lelaki tempatan itu telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kesemua mereka terkena renjatan elektrik semasa cuba memotong kabel elektrik pada tiang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.


Mayat Dihantar Untuk Bedah Siasat

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat.

Menurut Muhammad Najib Hamzah, kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri.

Buat masa ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil siasatan lanjut.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
Jawatan Kosong Kelantan