Suka Dalam Duka, Penjaga Gol KTRW Sambut Kelahiran Anak Tanpa Gaji

Penjaga gol Kelantan The Real Warriors (KTRW), Azfar Arif Sukri, berkongsi khabar gembira mengenai kelahiran cahaya matanya menerusi Instagram Story miliknya.

Namun di sebalik rasa syukur tersebut, Azfar tidak dapat menyembunyikan rasa ralat apabila terpaksa melalui detik penting itu tanpa menerima bayaran gaji yang sepatutnya.

Alhamdulillah, selamat bersalin. Tapi bersalin tanpa gaji ini agak perit ya. Bilalah nak masuk,” tulisnya.

Kelantan TRW dilaporkan masih belum melunaskan bayaran gaji selama dua bulan, sekali gus memberi tekanan kepada pemain dan staf kejurulatihan pasukan itu, terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Situasi tersebut turut disahkan wartawan sukan terkenal, Zulhelmi Zainal Azam, yang memaklumkan mengenai keadaan kewangan pasukan itu menerusi platform X.

Menurutnya, skuad kendalian Kelantan TRW kini berdepan situasi sukar sehingga ada pemain yang terpaksa “ikat perut” berikutan tunggakan gaji berkenaan.

Isu tunggakan gaji dalam saingan Liga Super bukanlah perkara baharu, namun apabila ia melibatkan kebajikan asas pemain terutama ketika detik penting seperti kelahiran anak atau musim perayaan, ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan.


Keadaan itu sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai pengurusan kewangan kelab serta kebajikan pemain yang beraksi dalam liga bola sepak profesional negara.

Sumber: Empayar Bola

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan