Akok Bunga RISDA Kekal RM7 Sejak 4 Tahun, Terjual 3,500 Biji Sehari

Walaupun kos bahan mentah termasuk santan meningkat saban tahun, pengusaha ‘akok bunga RISDA’ di Jalan Rantau Panjang–Pasir Mas tetap mengekalkan harga RM7 sebiji sejak empat tahun lalu.

Bagi mereka, keputusan itu dibuat demi memikirkan pelanggan setia memandangkan kuih berkenaan hanya dijual ketika Ramadan.

Pengusaha, Alif Ezwan Zakaria, 34, berkata perniagaan akok itu sudah beroperasi sejak 26 tahun lalu, dimulakan oleh ibu mentua serta arwah bapa mentuanya sebelum diteruskan beliau bersama isteri.

Menurutnya, akok berkenaan dianggap eksklusif kerana hanya boleh didapati pada bulan Ramadan, sekali gus membuatkan orang ramai ternanti-nanti setiap tahun.

Katanya, jualan bermula jam 10 pagi hingga 3 petang dengan purata 3,500 biji terjual setiap hari.

“Kita berusaha sedaya upaya untuk tidak menaikkan harga walaupun kos bahan mentah sentiasa meningkat. Boleh dikatakan kita menjual harga yang sama sejak empat tahun lalu.

“Selagi mana kita mampu bertahan, kita akan mengekalkan harga demi pelanggan kerana kebanyakan mereka datang setiap hari adalah pelanggan setia yang sudah sebati dengan ‘akok bunga RISDA’.

“Alhamdulillah kita bersyukur akok bunga RISDA sentiasa mendapat sambutan walaupun saban tahun semakin ramai yang mengusahakan kuih akok.

“Malah, ketika tiga hari pertama Ramadan, sambutan di luar jangkaan sehingga pelanggan yang hadir terpaksa beratur panjang memandangkan ketika itu adalah cuti Sambutan Tahun Baru Cina,” katanya ketika ditemui semalam.

Alif Ezwan berkata, mereka mempunyai lebih 20 ejen yang membantu menjadikan pelanggan akok itu meliputi seluruh negeri.

Bagi memastikan rasa terjaga, hampir 400 kilogram santan dan 7,000 biji telur digunakan setiap hari dalam penghasilan kuih berkenaan.

“Bahan-bahan tidak boleh kedekut. Resepi yang sama kita gunakan sejak 26 tahun lalu dan saya serta isteri tidak sesekali cuba mengolah resepi berkenaan bagi menjaga rasa,” katanya.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!