Dapat Upah RM200, ‘Lelaki Duyung’ Jual Air Balang Ditahan

Lelaki berpakaian menyerupai ikan duyung yang tular berjoget di hadapan sebuah gerai air balang di Pengkalan Chepa ditahan di rumahnya di Chetok, Pasir Mas pada Isnin.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohamed Fadzli Hassan berkata, hasil soal siasat mendapati lelaki berusia 24 tahun itu menerima bayaran sebanyak RM200 bagi tujuan menarik perhatian pelanggan dan melariskan jualan minuman.

“Tarian dan aksi itu dikatakan dirakam sehari sebelum Ramadan dan videonya disiarkan pada hari pertama puasa.

“Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah mengambil tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan satu kertas siasatan telah dibuka serta tindakan lanjut telah diambil mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim pada Rabu.

Menurut beliau, keterangan telah direkodkan dan lelaki terbabit ditahan di bawah Seksyen 19 iaitu lelaki berlagak perempuan dan Seksyen 21 iaitu perbuatan tidak sopan mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

Selepas proses dokumentasi dan siasatan awal selesai, suspek dilepaskan dengan bon jaminan penguatkuasaan dan diarahkan hadir semula pada 8 Jun bagi prosiding seterusnya.

Mohamed Fadzli berkata, kerajaan negeri menegaskan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan nilai syariah serta norma masyarakat akan ditangani dengan tegas, berhemah dan mengikut lunas undang-undang.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan peniaga air balang terbabit tidak dikenakan tindakan kerana perniagaannya berlesen.

“Pada Ahad selepas menerima laporan, kami terus ke lokasi khemah dan memberi notis supaya video tersebut dipadamkan dan ia telah dipadamkan.

“Kami tidak mengenakan kompaun kerana peniaga itu berlesen. Namun kami dimaklumkan peniaga itu hanya membuka jualan pada hari pertama Ramadan dan sehingga hari ini tidak berniaga serta dimaklumkan khemah terbabit kosong,” katanya.


Sebelum ini, video berdurasi 26 saat memaparkan lelaki berkostum berwarna terang itu menari dipercayai bagi tujuan menarik perhatian pelanggan telah tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan