Pertama Kali Niaga Bulan Ramadan, 40 Ekor Ayam Golek Habis Dalam Masa 1 Jam

Hanya satu jam berniaga setiap hari, tetapi 40 ekor ayam golek terus habis dibeli pelanggan.

Itu situasi dilalui seorang peniaga di Kampung Chengal, Ketereh yang menjual ayam golek bawang dan halia sejak 1 Ramadan lalu.

Wan Mohd. Idham Wan Molly, 36, berkata dia tidak menyangka jualan pertamanya pada Ramadan tahun ini mendapat sambutan menggalakkan.

Menurutnya, dia berniaga di tepi Jalan Kadok-Ketereh dengan dibantu seorang rakan.

Ayam golek yang diperap dengan rempah buatan sendiri itu dijual pada harga RM25 seekor dan habis dalam tempoh kira-kira satu jam setiap hari.

Katanya, sambutan pelanggan di luar jangkaan meskipun ini kali pertama dia mencuba rezeki berniaga ayam golek sepanjang Ramadan.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu…
Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!