Terengganu Larang Aktiviti Persembahan Jalanan Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

Kerajaan Negeri Terengganu menetapkan larangan penuh terhadap aktiviti hiburan jalanan atau busking di seluruh negeri sepanjang 10 malam terakhir Ramadan bagi menjaga kemuliaan bulan suci itu.

Ketetapan tersebut diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selepas mengambil kira pandangan serta maklum balas pelbagai pihak berkepentingan dalam sesi libat urus yang diadakan pada 12 Januari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata larangan itu berkuat kuasa dari 21 hingga 30 Ramadan 1447H dan melibatkan semua kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah.

Menurut beliau, bagi tempoh selain 10 malam terakhir Ramadan, aktiviti busking masih dibenarkan namun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

Antara syarat utama yang ditetapkan termasuk waktu persembahan hanya dibenarkan dari jam 9.30 malam hingga 12 tengah malam, lokasi persembahan mesti berada lebih 500 meter dari surau atau masjid, serta lagu yang dipersembahkan hendaklah berunsur ketuhanan, nasyid atau lagu raya.

Wan Sukairi turut menegaskan supaya PBT tidak mengenakan fi atau caj yang tinggi kepada penggiat busking yang mematuhi semua syarat ditetapkan.



Katanya, ketetapan itu bertujuan menghormati kemuliaan Ramadan serta memastikan keselesaan dan keharmonian masyarakat sepanjang bulan ibadah tersebut.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!