Rumah Musnah Terbakar Di Kota Bharu, Al-Quran Dan Air Zamzam Kekal Utuh

Sepasang suami isteri warga emas tidak menyangka senaskhah al-Quran dan sebotol air zamzam ditemui dalam keadaan masih baik walaupun rumah kediamannya musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Kampung Kubur Maras, Langgar, Kota Bharu, petang semalam.

Menurut Siti Haminah Daud, 65, kejadian itu disifatkan sebagai satu peringatan dan tanda kebesaran Allah SWT yang memberi keinsafan kepada dirinya serta ahli keluarga.

“Saya langsung tidak menyangka senaskhah al-Quran dan sebotol air zamzam akan ditemui berada dalam keadaan masih baik walaupun rumah terbakar sepenuhnya bersama lima kereta,”

“Sebab tu kita ni tak boleh tinggal Quran, tuhan nak tunjuk, kuat mana pun api, Quran tu selamat, saya selalu guna Quran tu, harap jadi pengajaran juga kepada orang lain."

“Air zamzam tu pun dari Makkah, tempat molek dan saya sakit ni memang amalkan minum,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Al Quran terselamat dalam kebakaran

Syed Abdul Hamid (tengah) dan Siti Haminah (kiri) memegang al-Quran bersama air zamzam yang selamat dalam kebakaran. - Foto Sinar Harian/Adila Sharinni Wahid



Siti Haminah, yang juga seorang pesara kerajaan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika beliau bersendirian di rumah dan sedang bersiap untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat Zuhur.

Ketika itu, suaminya Syed Abdul Hamid Syed Ahmad, 77, yang juga pesara guru, keluar menunaikan solat berjemaah di Masjid Langgar.

“Saya terdengar bunyi kotak fius meletup sebelum melihat api menyambar dinding rumah. Dalam keadaan cemas, saya menjerit meminta tolong.

“Mujur jeritan saya didengari anak jiran yang segera datang membantu dan memimpin saya keluar untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bekalan elektrik di rumahnya telah terputus sejak jam 3 pagi dan hanya kediamannya sahaja mengalami gangguan bekalan sebelum menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang memaklumkan terdapat kerosakan pada fius rumah.

Kebakaran itu mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit apabila wang tunai, barang kemas serta lima kenderaan termasuk tiga kereta antik milik suaminya hangus dijilat api.

“Walaupun kehilangan harta benda, saya reda dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi tiada nyawa terkorban,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Bharu turut hadir menyantuni keluarga mangsa dan menyampaikan bantuan segera sebanyak RM300 selain barangan keperluan asas.



Komander Operasi, Ridzuan Baharuddin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.09 petang sebelum 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta BBP Kota Darul Naim digerakkan ke lokasi.

Operasi pemadaman berjaya dikawal dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.45 petang.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian, PKD Tanjong Mas

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan