Kisah Tular Tujuh Beranak Dari Kelantan Tidur Dalam Kereta, Bapa Kini Bangkit Gaji RM5,000

Setahun lalu, kisah sebuah keluarga tujuh beranak yang terpaksa tidur berhimpit-himpit dalam sebuah kereta Bezza berbumbungkan langit pernah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.

Dengan lima orang anak yang masih kecil, pasangan suami isteri itu terpaksa menjadikan kereta usang mereka sebagai “rumah”, termasuk menampal cermin belakang yang pecah dengan plastik demi berteduh pada waktu malam di taman-taman awam.

Keselamatan bukan lagi keutamaan, asalkan anak-anak dapat melelapkan mata.

Kisah Hilmi penghijrahan dari Kelantan ke Pulau Pinang

Setahun Lalu beginilah keadaan Hilmi dan keluarga, tidur berhimpit dalam kereta berbumbungkan langit selepas jadi mangsa penipuan penghijrahan dari Kelantan ke Pulau Pinang sebelum dibantu oleh YB Steven



Keluarga ini diketuai oleh Hilmi, seorang bapa yang berhijrah dari Kelantan ke Pulau Pinang bersama isterinya, Yani, dengan harapan membina kehidupan baharu.

Namun impian itu berkecai apabila mereka menjadi mangsa penipuan, termasuk isu rumah sewa, sehingga kehilangan wang simpanan dan tempat tinggal.

Keadaan mereka akhirnya mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, yang ketika itu tampil menghulurkan bantuan awal termasuk kebajikan serta mencarikan peluang pekerjaan buat Hilmi.

YB Steven bantu perantau kelantan

YB Steven ketika pertama kali bertemu membantu menyediakan tempat berteduh dan mencari peluang pekerjaan kepada Hilmi setahun lalu



Menurut perkongsian Steven Sim dalam satu hantaran Facebook, beliau menerima mesej daripada Hilmi yang menjemputnya menziarahi keluarga tersebut. Lawatan itu memperlihatkan perubahan besar yang berlaku dalam tempoh setahun.

Daripada tujuh beranak, kini mereka sudah menjadi lapan apabila Yani selamat melahirkan anak keenam beberapa bulan lalu.

Mereka tidak lagi tidur di dalam kereta, sebaliknya menetap di sebuah rumah sewa yang sederhana tetapi selesa, lengkap dengan keperluan asas untuk keluarga.

608061320_1437110187770889_1876300343121872202_n-1.jpg

Kehidupan terkini Hilmi dan keluarga yang lebih selesa walau dalam kesederhanaan



Hilmi kini bekerja tetap sebagai pemandu lori dengan pendapatan bulanan melebihi RM5,000. Walaupun kerjanya menuntut masa dan jarang berada di rumah, rezeki yang diperoleh cukup untuk menyara keluarga dengan lebih tenang dan bermaruah.

Lebih membanggakan, Hilmi berjaya memiliki sebuah kereta terpakai Proton Waja secara tunai selepas menjual kereta Bezza lamanya.



Keputusan itu dibuat bagi mengelakkan beban hutang dan memastikan masa depan anak-anaknya lebih terjamin.

Kisah keluarga ini menjadi bukti bahawa dengan peluang, sokongan dan usaha tanpa putus asa, hidup yang pernah runtuh mampu dibina semula dengan penuh harga diri.

KD: Kadang-kadang yang orang susah perlukan bukan simpati, tapi peluang. Bila peluang diberi, usaha menentukan segalanya.

SHARE:

TERKINI

Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu…
Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!