Kelantan bakal ada taman tema air patuh syariah baharu di Bachok

Selepas kejayaan Krai Water Park yang sudah beroperasi hampir setahun, sebuah syarikat tempatan melihat potensi untuk membina sebuah taman tema air patuh syariah di Kelantan.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah, sebuah syarikat tempatan tampil berjumpa kerajaan negeri untuk membentangkan pelan pembinaan taman tema air baharu itu.

Taman tema tersebut bakal turut digabungkan dengan sebuah resort bertaraf antarabangsa di Pantai Kemasin, Bachok.

Hilmi berkata, cadangan tersebut kena tepat dengan dasar negeri iaitu Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) yang menekankan nilai-nilai Islam dalam pembangunan sosial dan hiburan.

“Sebagai sebuah negeri yang mengamalkan dasar PMBI, kita amat mengalu-alukan pembinaan sebuah taman tema yang berkonsepkan patuh syariah sebagai alternatif kepada taman tema air konvensional.

Kami percaya jika ia berjaya, ia akan menjadi sumber rujukan kepada lain-lain pemaju yang ingin melabur dalam bidang pelancongan dan hiburan bertema,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Pembentangan cadangan tersebut dipengerusikan sendiri oleh ADUN Guchil berkenaan, dengan turut dihadiri Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Dr. Hasnan Ramli; Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan, Nor Sheri Erani Abdullah dan wakil Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam.

Apa maksud taman tema air patuh syariah?

Ia merujuk kepada operasi berlandaskan nilai Islam termasuk pengasingan jantina, pemakaian renang menutup aurat seperti burkini dan pakaian renang Muslimah, selain memastikan suasana yang mesra keluarga.



Dengan permintaan tinggi terhadap tempat rekreasi yang selesa dan selamat untuk semua peringkat usia, cadangan taman tema air baharu ini berpotensi menjadi antara destinasi paling panas di Pantai Timur jika diluluskan dan diteruskan kelak.

KD: Rasa meriah betul sekarang… makin banyak projek rekreasi mesra keluarga tumbuh di Kelantan. Kalau jadi, Bachok memang akan jadi port wajib singgah setiap cuti panjang!

Sumber: Harakah Daily

TERKINI

Polis Buka Siasatan Isu Spekulasi Dan Maklumat Palsu Kes Gadis 61 Tikaman
|
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung penularan spekulasi serta…
Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur, Alami Jantung Bengkak
|
Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi tokoh besar…
Polis Nafi Bapa Salah Seorang Suspek Kes Bunuh Nurfisya Pegawai Kanan Polis
|
Polis Kelantan menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya…
PGA Tahan 123 Termasuk 4 Wanita Berkait Kes Dadah RM6.1 Juta Di Sempadan Kelantan
|
Seramai 123 individu termasuk empat wanita ditahan dalam beberapa…
Perahu Lama Ditemui Di Tanah Merah, Penemuan Penting Bagi Sejarah Pengangkutan Air Kelantan
|
Penemuan sebuah struktur perahu lama di Kampung Bukit Kechik,…
Tak Mahu Susahkan Keluarga, Lelaki Sakit Kronik Nekad Tinggal Dalam Hutan Di Rantau Panjang
|
Seorang lelaki sanggup tinggal bersendirian di sebuah bangsal usang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!