OKU lembam enggan keluar dari rumah usang yang hampir runtuh

OKU Lembam Nekad Terus Tinggal Di Rumah Pusaka Usang Walaupun Hampir Runtuh

Seorang lelaki orang kurang upaya OKU lembam di Kampung Bukit Tanah, Peringat tetap memilih untuk tinggal di rumah pusaka peninggalan ibu bapanya walaupun sebahagian besar struktur bangunan itu sudah reput dan hampir runtuh, lapor Sinar Harian.

Mohd Rani Ibrahim, 61, berkata rumah itu satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa selesa dan dia enggan berpindah walaupun berdepan hujan lebat, ribut, ketiadaan elektrik serta ancaman binatang pada waktu malam.

Rumah pusaka Mohd Rani yang hampir runtuh

Foto: Sinar Harian



Bekalan elektrik ke rumah itu juga telah dipotong sejak dua tahun lalu.

“Saya tinggal seorang, malam malam pasang lilin empat hingga lima batang.

Ada musang, tupai, tikus dan biawak masuk dalam rumah, kadang boleh nampak khinzir datang dekat semak tepi rumah,” katanya ketika menerima ziarah Pengerusi Persatuan Generasi Sejahtera ISejahtera Datuk Mohammad Hamizan Amzah pada Jumaat.

Pengerusi Persatuan Generasi Sejahtera ISejahtera Datuk Mohammad Hamizan Amzah

Foto: Sinar Harian



Mohd Rani turut menceritakan bahawa dia mandi menggunakan air telaga kerana tiada bekalan air paip.

Untuk makan minum pula, dia hanya bergantung kepada ihsan penduduk kampung.

Keadaannya semakin membimbangkan apabila dia pernah cedera selepas kipas siling jatuh menghempap kepala akibat palang kayu yang reput dimakan anai anai.

Sepupunya, Cik Fatimah Che Lah, 74, berkata kejadian kipas jatuh itu berlaku secara tiba tiba dan bunyinya disangkakan rumah runtuh.

Ketika bergegas ke rumah itu, dia menemui Mohd Rani terbaring dengan kepala berdarah sebelum meminta bantuan penduduk untuk membawanya ke hospital.

Fatimah berkata dia sudah berkali kali memujuk sepupunya tinggal bersama di rumah bersebelahan namun Mohd Rani tetap menolak.

Usaha mendaftarkan lelaki itu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga tidak berjaya kerana dia enggan.

“Saya risau sangat sebab rumah itu makin bahaya tapi dia tetap tak nak keluar. Dia juga ada penyakit sawan dan pernah pengsan seorang diri,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Hamizan berkata keadaan rumah tersebut tidak lagi selamat untuk didiami dan pembinaan kediaman baharu perlu dilakukan segera.

Pihaknya merancang membina rumah batu berukuran sekitar 1.4 hingga 1.9 meter persegi lengkap dengan satu bilik tidur, dapur dan tandas bagi memastikan Mohd Rani tinggal dalam keadaan lebih selesa.

Menurutnya, anggaran kos pembinaan rumah ini adalah antara RM10,000 hingga RM15,000 dan orang ramai yang prihatin digalakkan membantu agar warga emas itu mendapat tempat tinggal lebih selamat pada usia emasnya.



KD: Warga emas ni kena pujuk berkali-kali, dia bukan apa, nilai sentimental rumah tu membuatkan dia rasa berat untuk tinggalkan. Apapun terima kasih orang-orang baik yang ambil cakna

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan