Penuntut IPT bersama kekasih ditahan selepas bergelut dengan polis

Seorang pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Jeli ditahan selepas bertindak melarikan diri dan menghalang tugas penjawat awam ketika pemeriksaan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) petang semalam.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Jeli, Supt Kamarulzaman Harun, kejadian berlaku sekitar 3.30 petang ketika pasukan MPV sedang membuat rondaan sebelum ternampak sebuah Perodua Myvi berada di tepi jalan di Kampung Sungai Rual.

Ketika anggota polis menghampiri untuk membuat pemeriksaan, pemandu Myvi berkenaan tiba-tiba memecut laju dan enggan memberi kerjasama sehingga memaksa polis mengekori kereta itu.

Pemandu terbabit turut bertindak menghimpit kenderaan polis dan memandu secara melulu sebelum MPV berjaya memintas kereta tersebut di Kampung Rabbana, Jeli.

Suspek kemudian melarikan diri dari kenderaan dan enggan memberi kerjasama, menyebabkan berlaku pergelutan sebelum dia berjaya ditahan.

Pemeriksaan di dalam kereta menemui seorang remaja perempuan yang masih bersekolah.

Kamarulzaman berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mereka terkejut dengan kehadiran polis yang ingin menjalankan pemeriksaan. Mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Pelajar lelaki terbabit akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 dan 279 Kanun Keseksaan.



KD: Nak elak pemeriksaan kadang buat situasi jadi lebih teruk. Tenang dan ikut prosedur lebih selamat untuk semua.

Sumber: Bernama

TERKINI

Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Bangsal Tersembunyi Dalam Semak Di Pasir Mas Rupa-Rupanya Stor Dadah
|
Seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas Pasukan Gerakan Am…
55 Pelajar Tahfiz Bachok Tawan Tiga Puncak Gunung Stong Sambil Khatam Al-Quran
|
Seramai 55 pelajar Maahaad Tahfiz Sains Al-Muhammadi (MTSM) Nipah…
Mufti Kelantan Tegur Wanita Promosi Pakaian Dalam Dengan Memakai Sendiri
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan segelintir…
Pasangan Kekasih Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM9.7 Juta Di Butterworth
|
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!