[VIDEO] Hatyai dilanda banjir, pelancong Malaysia antara yang terkandas

Hatyai, destinasi kegemaran rakyat Malaysia setiap hujung minggu, kini berdepan banjir selepas hujan lebat turun tanpa henti sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Keadaan itu tular di media sosial apabila pelancong termasuk rakyat Malaysia berkongsi suasana jalan yang dinaiki air serta hotel yang mula dikelilingi banjir.

Ada yang memaklumkan mereka terpaksa ‘stay put’ di bilik masing-masing kerana tidak dapat keluar.

Laporan Bangkok Post pada Jumaat menyebut, bukan hanya Hatyai yang terjejas.

Beberapa daerah lain di wilayah Songkhla turut dilanda banjir termasuk Rattaphum, Muang Songkhla, Khlong Hoi Khong, Ranot, Krasae Sin dan Sathing Phra.

Kesemua kawasan ini telah pun diisytiharkan sebagai zon bencana kecemasan.

Setakat ini, hampir 18,000 isi rumah terkesan akibat kejadian tersebut namun tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Gabenor Songkhla, Ratthasart Chidchoo mengarahkan 16 ketua daerah untuk bekerjasama dengan pejabat lebuh raya tempatan bagi memasang tanda amaran serta kon keselamatan di kawasan banjir.

Mereka turut diminta mendapatkan pam air tambahan daripada agensi berkaitan bagi mempercepatkan kerja mengalirkan air dan membuka jalan yang terputus.

Pihak berkuasa juga mengingatkan pemandu agar memilih laluan alternatif sekiranya paras air masih tinggi dan keadaan belum selamat.

Sehingga Jumaat, banjir di beberapa lokasi masih kritikal berikutan hujan yang berterusan, menyebabkan paras sungai dan terusan terus meningkat.

@kekasihallah1502

Replying to @matEver Semoga dipermudahkan urusan semua rakyat Malaysia yang sangkut banjir Hatyai.Bg kak kalini paling teruk sebab biasanya dlm town air tak naik tinggi macam kalini.Kalau hatyai air surut tapi Sadao tak boleh lalu pun tak dapat balik juga.Sebab area Sadao kalau banjir memang tenggelam.Situ kawasan rendah.Dalam hatyai ni biasanya banjir kilat saja.@MiraMikhail@akak Trip #travelinfo #miramikhailtrip🇹🇭 #kekasihallah1502 #miramikhail #tripmiramikhail

♬ original sound - KekasihAllah1502 - KekasihAllah1502
@maslianaazmi

Banjir tahun ini lagi teruk dari tahun lepas depa kata 🥺😭 nak tour Hatyai pon tak boleh dah ni.. Majlis Perbandaran maklum kata air akan surut hari ini tapi masih hujan lagi di sana Semoga yang berada di sana baik2 sahaja 🙏🏻 #hatyai #hatyaibanjir

♬ เสียงต้นฉบับ - คณะเอวีรูม Official - คณะเอวีรูม Official
@watie_yaacob

Keadaan terkini di Hatyai 😭 kami mmg terkandas dah, so sesiapa yg ada niat utk ke sini mohon batalkan... #hatyaibanjir #thailand🇹🇭 #fypppppppppppppp #foryoupage #fyp

♬ suara asli - putra Altaf 💫 - putra Altaf 💫




KD: Cuaca pun kadang-kadang ‘mood swing’. Kalau ada rakan atau keluarga di Hatyai, elok tanya khabar dulu. Takut-takut mereka pun tengah menunggu air surut.

TERKINI

Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Jawatan Kosong Kelantan