Rupanya MSG tidak pernah terbukti bahaya kepada kesihatan

Sejak dulu masyarakat Malaysia cukup berhati-hati bila nampak perkataan MSG atau jenama popularnya, Ajinomoto, pada label makanan.

Ramai terus anggap ia punca sakit kepala, haus melampau, atau rasa pening selepas makan di luar.

Sedangkan menurut penjelasan dalam video YouTube Channel Ajar, monosodium glutamate sebenarnya tidak pernah terbukti berbahaya kepada kesihatan.

Dalam video itu, diterangkan bagaimana puluhan tahun kajian saintifik masih belum menemui bukti kukuh bahawa MSG memberi risiko serius kepada manusia.

Malah, badan keselamatan makanan antarabangsa mengklasifikasikan MSG sebagai selamat digunakan dalam masakan harian.

Kebanyakan mitos tentang bahaya MSG termasuk stigma terhadap Ajinomoto muncul daripada salah faham lama dan laporan tidak tepat pada era 60-an.

Channel Ajar juga menjelaskan, MSG hanyalah garam kepada asid amino glutamate, bahan yang wujud secara semula jadi dalam makanan seperti tomato, keju dan cendawan.

Bahan-bahan ini dibuat dalam bentuk serbuk seperti Ajinomoto, ia cuma memberikan rasa umami yang lebih kuat dan konsisten.

Ikuti video penjelasan di Youtube Channe Ajar dibawah yang membahaskan secara terperinci dari mana mulanya serbuk MSG ini dan bagaimana wujudnya stigma masyarakat dunia tentang serbuk ini.





KD: Menarik penjelasan ni. Rupanya Ajinomoto yang selalu kita takutkan tu sebenarnya tak pernah terbukti pun bahaya. Yang penting, sama seperti garam, bahan perasa lain mahupun gula, gunakanlah secara sederhana.

Sumber: Ajar

TERKINI

Pondok Air Ketum Beroperasi Dua Tahun Di Tumpat Diserbu, Tiga Lelaki Ditahan
|
Sebuah pondok yang dipercayai dijadikan lokasi memproses, menyimpan dan…
Dua Tahun Seludup Diesel Ke Thailand Akhirnya Dicekup PGA
|
Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup minyak diesel dan…
Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!