Beregu Malaysia menang kejohanan dunia di Hari Merdeka

PARIS – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melakar sejarah baharu arena sukan tanah air selepas muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis.


Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Adidas Arena sebentar tadi, pilihan keempat kejohanan itu menundukkan beregu No.2 dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin menerusi aksi straight set 21-15, 21-14.


Turun sebagai ‘underdogs’ pada perlawanan itu, Tang Jie-Ee Wei langsung tidak menunjukkan rasa gentar apabila mempamerkan aksi cukup meyakinkan seawal set pertama apabila meletakkan lawan dalam keadaan tertekan.


Pukulan smash serta ‘drop’ yang dilakukan Tang Jie selain kecekapan Ee Wei mengawal bahagian depan jaring membolehkan Malaysia memenangi set pertama 21-15, sekali gus menambah lagi api perjuangan.


Momentum itu diteruskan di set kedua apabila pasangan negara terus melakukan asakan demi asakan ke arah pasangan China tersebut sehingga memaksa kedua-dua pemain lawan membuat silap.


Sejarah baharu akhirnya tercipta pada Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 apabila Tang Jie-Ee Wei memastikan gelaran dunia menjadi milik mereka selepas melengkapkan kemenangan 21-14 di set kedua.


Sebagai rekod, Tang Jie-Ee Wei merupakan beregu campuran kedua negara yang meraih pingat pada Kejohanan Dunia selepas gandingan Koo Kien Keat-Wong Pei Tty memenangi gangsa ketika edisi 2006 di Madrid, Sepanyol.


Sepanjang kempen 2025, pasangan ‘gangster duo’ itu sudah beberapa kali mencuba nasib untuk melangkah ke pentas final, namun sering terkandas di separuh akhir, termasuk pada Terbuka Malaysia, Terbuka India, Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun dan Terbuka Macau.

Bagaimanapun, segala pengorbanan serta penat lelah yang dihadapi selama ini akhirnya membuahkan hasil apabila menjadi beregu campuran pertama negara meraih gelaran di Kejohanan Dunia. –Kosmo #KelantanDaily

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!