Ibu bersama bayi lapan bulan terkorban dalam nahas di Jeli

JELI – Seorang ibu bersama bayinya berusia lapan bulan maut manakala lima ahli keluarga lain cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta pelbagai guna (MPV) dan lori di Batu 15, Jalan Raya Timur-Barat, di sini pada Sabtu.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Sabariah Mohamad Bedi, 26, serta anaknya, Nur Sabrina Zulyadin, akibat kecederaan parah di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, lima lagi mangsa cedera merupakan pasangan suami isteri serta tiga anak mereka berusia antara setahun hingga 10 tahun.

“Wanita yang cedera dikenali sebagai Akmaliza, 34, yang juga kakak kepada mangsa. Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke Wakaf Tapai, Marang di Terengganu,” katanya.

Kamarulzaman menjelaskan, siasatan awal mendapati lori terbabit datang dari arah Jeli ke Grik manakala MPV jenis Perodua Alza dipandu suami Akmaliza dari arah bertentangan.

“Ketika melalui selekoh ke kanan, MPV berkenaan dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tersebut. Akibat pelanggaran itu, dua mangsa meninggal dunia di lokasi,” katanya.

Beliau berkata, proses bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Jeli bagi mengenal pasti punca kematian manakala mangsa yang cedera kini sedang dirawat di hospital sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat di talian 09-9440222 atau 014-8021928. –#KelantanDaily

TERKINI

Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Facebook Dan Messenger Alami Gangguan, Pengguna Di Seluruh Dunia Terjejas
|
Platform media sosial Facebook dan aplikasi Messenger dilaporkan mengalami…
Tunggakan Bil Rawatan Warga Asing Di Hospital KKM Cecah RM100 Juta
|
Tunggakan bil rawatan melibatkan warga asing di hospital dan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!