Wanita potong kemaluan teman lelaki kerana cemburu di Johor

ISKANDAR PUTERI, 9 Okt – Seorang wanita warga Bangladesh ditahan polis selepas dipercayai bertindak kejam memotong kemaluan teman lelakinya akibat cemburu, apabila mengetahui lelaki itu masih mempunyai isteri di negara asalnya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata laporan mengenai kejadian itu diterima pada jam 10.45 pagi Rabu daripada seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun.

“Pengadu memaklumkan kenalannya, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 33 tahun, mengalami kecederaan serius pada bahagian kemaluan dan tangan kiri selepas diserang teman wanitanya di Kampung Lokan, Gelang Patah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, untuk rawatan lanjut.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menahan suspek, seorang wanita Bangladesh berusia 34 tahun, kira-kira jam 12.15 tengah hari hari yang sama,” katanya.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing juga negatif dadah.

“Polis turut merampas sebilah pisau sepanjang 29 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya lagi.

Menurut ACP Kumarasan, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perasaan cemburu, selepas suspek mengetahui mangsa masih belum menceraikan isterinya di Bangladesh walaupun sudah menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.



Suspek kini direman lima hari bermula hari ini hingga 13 Oktober bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di negara ini tanpa permit sah.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama, Sinar Harian, Harian Metro

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan