Abbe Hae Minta MPKB Benarkan Penjaja Bonet Kereta Berniaga Sekitar Stesen Bas

Aktivis masyarakat, Abbe Hae meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mempertimbangkan pemberian lesen kepada rakyat Kelantan untuk berniaga menggunakan bonet kereta di sekitar stesen bas Kota Bharu setiap Jumaat.

Permintaan itu disuarakan menerusi satu kenyataan di Facebook susulan kebimbangan beliau terhadap aktiviti warga asing yang dilihat semakin ketara di sekitar bandar, khususnya di kawasan stesen bas.

Dalam kenyataan tersebut, Abbe Hae berkata:

"Abbe nak minta jasa baik MPKB untuk beri lesen penjaja bonet kereta kepada orang Kelantan meniaga di stesen bas setiap Jumaat."

Abbe Hae

Mahu Beri Peluang Berniaga Kepada Orang Kelantan

Cadangan itu dikemukakan ketika Abbe Hae membangkitkan isu kehadiran warga asing yang menurut pemerhatiannya bebas menjalankan aktiviti di sekitar Kota Bharu.

Beliau turut meluahkan kebimbangan bahawa keadaan tersebut boleh menyebabkan bandar berkenaan dilihat lebih dikuasai warga asing berbanding penduduk tempatan.

Sehubungan itu, permintaan supaya lesen penjaja bonet kereta diberikan kepada rakyat Kelantan dilihat sebagai usaha membuka peluang kepada penduduk tempatan untuk menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!