Lubang Benam Sedalam 8 Meter, Jalan Gua Musang-Kota Bharu Ditutup

Laluan Persekutuan FT08 di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Kesedar, Gua Musang ditutup kepada semua kenderaan hari ini selepas kejadian lubang benam sedalam kira-kira lapan meter.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 9.05 pagi, membabitkan kawasan sepanjang kira-kira sembilan meter di Seksyen 205.556 hingga 205.564.

Kawasan terjejas itu turut melibatkan jajaran projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C.

840509341_1428825632714755_7547532512413359337_n

Menurut laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dan Roadcare (M) Sdn Bhd, penutupan jalan dilaksanakan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya sementara tindakan lanjut diambil.

Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak menggunakan laluan yang ditutup sehingga dimaklumkan selamat untuk dilalui.

Bagi meneruskan perjalanan, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui FT2747, iaitu Jalan Pulai ke Bandar Baharu Gua Musang.

840363858_1428825679381417_4567318581069562246_n

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa.

Pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan disaran merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!