Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan tidak mampu membayar denda RM50 juta yang menjadi salah satu syarat untuk membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Menurut peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akaun bank Najib telah dibekukan sehingga menyebabkan beliau tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk melunaskan denda berkenaan.
Antara akaun yang dibekukan ialah akaun Affin Bank yang digunakan Najib untuk menerima gaji ketika menjadi Perdana Menteri dan Ahli Parlimen.
Najib diperkenankan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran RM50 juta serta syarat yang ditetapkan.
Bagaimanapun, selagi bayaran belum dibuat, beliau kekal di Penjara Kajang.
Sumber: Utusan
