Kebakaran kilang bongkar makmal dadah di Johor, 4 tan dadah dirampas

KULAI – Kegiatan licik sindiket memproses dan mengedar dadah berselindung di sebalik sebuah kilang barangan berteknologi terbongkar selepas premis terbabit di Taman Perindustrian Senai di sini terbakar pada 14 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima panggilan kebakaran pada jam 4.35 petang.

Katanya, anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Senai yang berada di lokasi mengesyaki kilang tersebut dijadikan tempat memproses dadah sebelum memaklumkan kepada pihak narkotik.

“Pemeriksaan lanjut mendapati premis berkenaan adalah makmal memproses dadah jenis Erimin 5. Polis menemukan satu dulang besi dan 14 bekas plastik berisi 75 kilogram (kg) serbuk disyaki dadah serta tiga bekas plastik mengandungi pil Erimin 5 seberat 24.69kg.

“Turut dirampas, 79.01kg serbuk bahan kimia, 11 tong berisi cecair kimia seberat 1.8 tan metrik serta pelbagai peralatan memproses dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai hari ini.

Hussein berkata, susulan penemuan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun dipercayai ‘transporter’ sindiket di Seri Alam. Siasatan lanjut membawa polis menyerbu sebuah lagi kilang di Desa Idaman, Senai yang dijadikan stor bahan kimia.

“Di premis kedua, polis menemukan 250kg cecair methamphetamine, 20kg ketamin serta 1.7 tan metrik serbuk prekursor,” ujarnya.

Keseluruhan rampasan berjumlah 4.03 tan metrik dadah bernilai RM17.77 juta, menjadikannya terbesar bagi tahun ini.

Menurut beliau, sindiket terbabit dipercayai aktif sejak Februari lalu dan dua kilang itu disewa sejak dua tahun lepas.

“Mesin yang digunakan mampu menghasilkan sehingga 100,000 tablet Erimin 5 dalam satu pengeluaran, sekali gus menunjukkan aktiviti dilakukan pada skala komersial,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan polis kini memburu tiga suspek utama sindiket.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan