Terlepas Hukuman Mati, Buruh Bebas Tuduhan Edar Dadah

Selepas hampir lima tahun berdepan proses perbicaraan, seorang buruh akhirnya menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di Kota Bharu memutuskan dia tidak perlu membela diri atas dua pertuduhan mengedar dadah.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap lelaki berusia 53 tahun itu.

Rumah Tidak Berkunci Jadi Tumpuan Mahkamah

Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Rosli Yusoff menjelaskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan hanya tertuduh mempunyai kawalan atau akses ke atas rumah tidak bernombor di Kampung Jeram Perdah, Pasir Mas, tempat dadah berkenaan ditemukan.

Malah, mahkamah mengambil kira keterangan saksi bahawa rumah tersebut tidak berkunci dan pernah digunakan sebagai lokasi transit barangan seperti minyak masak sebelum diseludup ke Thailand.

"Milikan dan kawalan akses pintu rumah terbabit tidak berkunci dan sesiapa sahaja boleh masuk, malah saksi mengesahkan rumah kosong itu dijadikan sebagai tempat transit barang-barang salah seperti minyak masak sebelum diseludup ke Thailand.

"Oleh demikian, mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes, maka tertuduh dibebaskan dan dilepaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri," katanya.

Berdepan Dua Pertuduhan

Tertuduh sebelum ini didakwa mengedar methamphetamine seberat 9,740.87 gram dan 29,626.4 gram di lokasi yang sama pada 7 Jun 2021.

Bagaimanapun, selepas meneliti keseluruhan keterangan pendakwaan, mahkamah memutuskan Amran Salleh dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tersebut.

Sumber: Bernama

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!