Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka

Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas apabila sebuah rumah kedai dua tingkat dipercayai sedang menjalani kerja pengubahsuaian tiba-tiba runtuh petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu turut menghempap dua kenderaan milik orang awam yang diletakkan berhampiran bangunan berusia kira-kira 40 tahun itu.

Difahamkan, premis berkenaan sebelum ini dipercayai digunakan untuk aktiviti ternakan burung walit.

Seorang peniaga buah-buahan, Hong Hiew Khim, 65, berkata dia menyedari sesuatu tidak kena apabila melihat struktur bangunan tersebut kelihatan senget kira-kira 15 minit sebelum ia runtuh.

Menurutnya, dia sempat memaklumkan keadaan itu kepada isterinya kerana bimbang dengan kestabilan bangunan tersebut.

"Tak sampai 15 minit, bangunan itu runtuh dengan bunyi sangat kuat... nasib tak ada orang terperangkap," katanya.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Ho, 60, berkata dia sedang melayan pelanggan ketika terdengar bunyi dentuman kuat sebelum disusuli satu lagi runtuhan.

"Bukan sekali runtuhan berlaku tapi dua kali sebelum bomba dan polis datang kira-kira 15 minit kemudian.

"Sepanjang berniaga nasi ayam, ini kejadian pertama berlaku depan mata, hanya 30 meter sahaja dari tempat saya," katanya.

Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian tersebut, manakala pihak berkuasa dijangka menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar runtuhan.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!