Lima Cedera SUV Terbabas Jatuh Gaung Di Machang

Suasana malam di Jalan Machang–Kuala Krai bertukar cemas apabila sebuah SUV yang membawa lima penumpang terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam tujuh meter.

Kejadian yang berlaku sekitar tengah malam tadi mengejutkan pengguna jalan raya yang lain sebelum pasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Detik Cemas Dalam Gelap Malam

Menurut pihak bomba, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 12.01 tengah malam sebelum tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

Sebaik tiba, sebuah Toyota Corolla Cross ditemui berada di dasar gaung dengan beberapa mangsa masih berada di dalam kenderaan.

“Kemalangan itu membabitkan lima mangsa iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.

“Dua mangsa yang tersepit, masing-masing seorang lelaki dan perempuan dapat dikeluarkan menggunakan peralatan khas menyelamat,” kata Komander Operasi BBP Machang, Mohd Fadzil Musa.

Diserahkan Kepada KKM

Selepas berjaya dikeluarkan, semua mangsa segera diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi menyelamat selesai beberapa ketika kemudian.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!