[VIDEO] Bilik Darjah Aras Tiga SJK(C) Peir Chih Kota Bharu Terbakar

Sebuah bilik darjah yang terletak di aras tiga Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peir Chih di Jalan Long Yunus, Kota Bharu terbakar pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II Zuzuki Safei berkata, kejadian itu tidak melibatkan sebarang murid atau guru sekolah.

Menurut beliau, bilik darjah yang terbakar merupakan kelas seni lukis dan telah kira-kira tiga bulan tidak digunakan untuk sebarang aktiviti pembelajaran.

“Kebakaran terbabit melibatkan hampir 60 peratus bilik darjah tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.23 pagi sebelum tiba di lokasi kira-kira jam 10.31 pagi.

Operasi pemadaman melibatkan seramai 23 anggota dari BBP Kota Bharu, BBP Kota Darul Naim dan BBP Pengkalan Chepa.

“Operasi pemadaman tamat sekitar jam 11.22 pagi,” ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!