Dabong Tersenarai 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia Tahun 2026

DABONG bukan lagi sekadar nama kecil di peta Kelantan, apabila kawasan itu secara rasmi diumumkan sebagai salah satu daripada 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia bagi tahun 2026.

Pengiktirafan itu diumumkan bersempena Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Putrajaya.

Pengiktirafan itu diberikan kepada Dabong (Kelantan), Kluang (Johor), Kuala Terengganu (Terengganu), Bandar Lipis (Pahang) serta Marang (Terengganu).

Turut tersenarai ialah Mersing (Johor), Permaisuri (Terengganu), Ranau (Sabah), Raub (Pahang) dan Simpang Renggam (Johor).

Menurut perkongsian Majlis Daerah Dabong (MDD), kejayaan tersebut adalah hasil penilaian menyeluruh yang menggabungkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia serta sistem MURNInets oleh PLANMalaysia.

Dinilai Dari Pelbagai Sudut Kesejahteraan

Penilaian yang dijalankan bukan sekadar melihat aspek pembangunan semata-mata, sebaliknya melibatkan beberapa elemen penting termasuk kesejahteraan fizikal, sosial, emosi, selain kualiti perkhidmatan perbandaran yang dinikmati penduduk.

MDD menyifatkan pengiktirafan itu bukan sekadar anugerah, tetapi cerminan kepada usaha berterusan dalam membina komuniti yang sejahtera, harmoni dan lestari.

MDD: Ini Hasil Kerjasama Semua Pihak

MDD dalam kenyataan turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Dabong berkembang sebagai sebuah komuniti yang positif dan bersatu.

Antara faktor kejayaan yang disebut ialah:

  • 1. Komitmen warga kerja MDD
  • 2. Sokongan Ahli Majlis serta kepimpinan tempatan
  • 3. Kerjasama agensi kerajaan negeri dan persekutuan
  • 4. Semangat komuniti setempat yang bersatu

MDD turut menegaskan pihaknya akan terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan selari dengan tema sambutan tahun ini iaitu “Bijak Digital, Cipta Bahagia Bersama.”

Keindahan Alam Jadi Identiti Dabong

Selain pembangunan komuniti, Dabong juga dikenali sebagai destinasi eko-pelancongan yang semakin mendapat tempat di hati pengunjung.
Antara lokasi yang menjadi kebanggaan warga Dabong termasuk:

  • 1. Air Terjun Jelawang
  • 2. Kompleks Gua Ikan
  • 3. Stong Geopark

MDD turut menyatakan Dabong akan terus melangkah sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi yang membawa makna sebenar kebahagiaan hidup.

SHARE:

TERKINI

Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu…
Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!