‘Saya Tak Tipu’, Exco Tegaskan Pencapaian 84 Peratus Manifesto Bukan Rekaan

Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan bahawa pencapaian 84 peratus manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah berdasarkan fakta dan bukan rekaan seperti didakwa sesetengah pihak.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, dakwaan bahawa kerajaan negeri menipu berhubung angka tersebut adalah tidak benar.

“Saya tak tipu pasal pencapaian manifesto, saya bercakap berdasarkan fakta.

“Kenyataan saya sebelum ini pun dibuat pada bulan puasa, tipu apa bulan-bulan puasa,” katanya.


Data Berdasarkan Pemantauan Rasmi

Menurut beliau, angka 84 peratus itu diperoleh hasil kajian serta pemantauan rasmi oleh Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik (SPARK), Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan pencapaian lebih 84 peratus pelaksanaan manifesto dalam tempoh kurang tiga tahun, iaitu lebih awal daripada tempoh asal lima tahun.

Mohd Asri yang juga Ketua Penerangan Pas Kelantan menjelaskan pencapaian itu direkodkan bagi separuh penggal pertama pentadbiran bermula September 2023 hingga Januari lalu.


Beberapa Sektor Capai Prestasi Tinggi

Tambahnya, beberapa program utama menunjukkan kadar pelaksanaan yang tinggi termasuk dalam bidang pendidikan dan kemahiran, produktiviti pertanian serta pembangunan wanita.

Menurutnya, sebahagian program lain masih dalam fasa pelaksanaan aktif, manakala hanya sebahagian kecil belum dimulakan.

“Dalam Pas kalau berjanji mesti ditunaikan.

“Jika belum terlaksana, maka akan dipantau dan dipastikan dapat dicapai,” katanya.


Seru Nilai Berdasarkan Fakta

Dalam pada itu, beliau turut menyeru masyarakat supaya tidak membuat spekulasi tanpa menilai fakta terlebih dahulu.

“Walaupun politik berbeza, jangan terus menghukum, dengar dahulu hujah, lihat fakta, baru buat penilaian,” katanya.

Kerajaan Negeri Kelantan juga yakin baki manifesto dapat dilaksanakan sepenuhnya menjelang penghujung penggal pada 2028 dengan pemantauan rapi dan komitmen berterusan.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Pemuda Cedera Di Muka Ditembak Ketika Cuba Halang Pencuri Lembu Di Tanah Merah
|
Seorang anak peneroka FELDA cedera selepas ditembak sekumpulan lelaki…
Program Tahfiz MAIK Berjaya Lahirkan Dua Huffaz Dalam Kalangan Banduan
|
Program pemulihan akhlak melalui pendidikan al-Quran anjuran Majlis Agama…
Menteri Besar Kedah Muncul Dalam Filem The Keris, Pegang Watak Panglima
|
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor…
Iran Lancar Serangan Dron Ke Atas Beberapa Kapal Milik AS
|
Ketegangan di perairan Teluk Oman kembali memuncak apabila Iran…
Anak Pertama Dari Kampung Pok Keral, Tumpat Dapat Sambung Belajar Ke Jerman
|
Seorang anak yatim dari Kampung Pok Keral, Tumpat mencipta…
Jawatan Kosong Kelantan