Mualaf OKU Tampung Hidup Jual Buku, Pernah Dihina, Diusir Keluarga Selepas Peluk Islam

Ada kisah hidup yang tidak semua orang mampu ceritakan. Namun bagi seorang mualaf bernama Danial Rezza, perjalanan hidupnya menjadi sebab untuk beliau menulis sebuah buku yang lahir dari hati.

Buku bertajuk “Kerana Mu Ku Sujud” itu menceritakan kisah sebenar perjalanan hidupnya sebagai seorang saudara baru memeluk Islam.

Menurut Danial, buku tersebut ditulis atas niat dakwah dan juga sebagai usaha berkongsi pengalaman hidup yang penuh ujian, dengan harapan ia mampu memberi inspirasi kepada orang lain.

Menariknya, beliau bukan sahaja penulis, malah turut menjadi penerbit sendiri bagi buku tersebut.

Dania Rezza


“Buku ini ditulis dari hati ke hati supaya pembaca dapat merasai perjalanan kehidupan seorang mualaf yang penuh dengan pengajaran,” katanya.

Danial yang berasal dari Selangor membesar dalam keluarga sederhana yang digambarkan sebagai “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.

Walaupun berdepan kesusahan, beliau tetap berusaha melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat A-Level dalam bidang undang-undang.

Namun perjalanan hidupnya berubah pada tahun 2017 apabila beliau mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas kematian ayahnya.

Keputusan itu bukanlah mudah. Danial mendedahkan beliau pernah menerima hinaan daripada ahli keluarga sendiri, malah pernah dihalau dari rumah selepas memeluk Islam.

Dari situlah timbulnya keinginan untuk menulis kisah hidupnya.

Menurutnya, beliau mahu menjadikan pengalaman tersebut sebagai inspirasi kepada orang lain yang mungkin melalui ujian yang sama.

Selain itu, Danial juga merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang memiliki kad OKU disebabkan masalah kesihatan dikenali sebagai hipospadia, iaitu keadaan saluran air kecil yang tidak normal yang tidak boleh semua orang nampak seperti OKU lain.

Beliau telah menjalani tiga pembedahan sejak kecil, namun semuanya tidak berjaya.

Doktor juga pernah memaklumkan bahawa pembedahan selepas dewasa mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Kini berusia 36 tahun, Danial telah berkahwin dan isterinya juga merupakan seorang mualaf. Namun pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata disebabkan masalah kesihatan tersebut.

Menurutnya, setiap kali tiba musim perayaan, suasana agak sunyi kerana mereka tidak mempunyai keluarga yang bersama.

Walaupun begitu, Danial tetap meneruskan minatnya dalam penulisan yang sudah bermula sejak kecil apabila beliau sering menulis artikel di akhbar tempatan.

Malah kisah hidupnya juga pernah menarik perhatian apabila beliau telah tiga kali dijemput berkongsi cerita di IKIM.fm.

Danial Rezza IKIM FM


Sempena bulan Ramadan ini, Danial menawarkan ebook “Kerana Mu Ku Sujud” dengan harga hanya RM10 sebagai usaha mengajak orang ramai membaca dan memahami perjalanan hidup seorang mualaf.

Beliau juga berharap sokongan orang ramai membeli ebook tersebut sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan mereka, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

Bagi yang ingin menyokong, pembelian buku tersebut bukan sekadar mendapatkan sebuah buku, tetapi juga membantu seorang penulis yang berusaha menyampaikan kisah dakwah melalui penanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh membeli ebook dan buku fizikal “Kerana Mu Ku Sujud” berharga RM10 dan RM25 dengan menghubungi Danial di WhatsApp beliau: 01155866370

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!