Kerajaan Kelantan Capai Lebih 84% Pelaksanaan Manifesto Dalam Tempoh Tiga Tahun

Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran Pas dilaporkan telah mencapai lebih 84 peratus pelaksanaan manifesto dalam tempoh tidak sampai tiga tahun.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud, berkata pencapaian itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan janji yang dibuat kepada rakyat dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Menurutnya, penilaian tersebut diperoleh hasil penelitian menerusi mesyuarat kepimpinan negeri yang melibatkan semua portfolio Exco termasuk Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar.

“Sehingga kini pencapaian manifesto kerajaan negeri sudah melebihi 84 peratus dalam tempoh kira-kira tiga tahun.

“Manifesto ini biasanya dilaksanakan dalam satu penggal pentadbiran iaitu sekitar empat hingga lima tahun, namun kali ini kemajuan yang dicapai lebih cepat berbanding kebiasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Iftar Perdana Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) bersama media pada Ahad.

Mohd Asri berkata terdapat beberapa inisiatif di bawah portfolio tertentu yang telah mencapai tahap pelaksanaan sehingga 100 peratus.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan setiap perkara yang dijanjikan kepada rakyat dapat ditunaikan sepenuhnya walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Katanya, mesyuarat kepimpinan negeri juga akan meneliti perkembangan pelaksanaan manifesto bagi memastikan segala janji kepada rakyat benar-benar dilaksanakan.

“Dalam mesyuarat tersebut kita melihat kembali manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat sama ada ia telah dilaksanakan atau sebaliknya.

“Walaupun ada cabaran, kerajaan negeri akan terus meningkatkan usaha supaya segala yang dirancang dapat dicapai sebelum pilihan raya akan datang,” katanya.


Tambah beliau, kebiasaannya dalam tempoh empat tahun, pencapaian manifesto kerajaan negeri mampu mencapai lebih 90 peratus.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!