Ibu Tunggal OKU Fizikal Gigih Jadi Runner Sekitar Pengkalan Chepa Demi Sara Dua Anak

Walaupun berstatus orang kurang upaya (OKU) fizikal sejak lahir, seorang ibu tunggal di Kota Bharu tetap gigih mencari rezeki sebagai penghantar barang atau runner bagi menyara dua anaknya yang masih bersekolah.

Che Faezah Che Nordin, 41, dari Kampung Chekok, Panji berkata kehidupannya berubah selepas berpisah dengan suami lima tahun lalu dan sejak itu dia membesarkan dua anak berusia 7 dan 12 tahun secara bersendirian.

Bagi menampung perbelanjaan harian, dia melakukan kerja sambilan sebagai runner di sekitar Pengkalan Chepa dengan upah sekitar RM4 hingga RM5 bagi setiap penghantaran.


Kadang Sehari Hanya Dua Atau Tiga Pesanan

Menurut Che Faezah, pelanggan biasanya akan menghubunginya melalui WhatsApp untuk membeli barang keperluan di kedai runcit atau pasar sebelum dihantar ke rumah mereka.

“Kadang-kadang dalam sehari, saya hanya terima dua atau tiga pesanan daripada pelanggan yang menghubungi untuk membeli barang kering atau basah di kedai runcit atau pasar, kemudian hantar ke rumah mereka.

“Pelanggan akan hubungi saya di WhatsApp, beritahu jenis barang yang diperlukan dan waktu untuk dihantar,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Chekok.


Terima Bantuan Bulanan JKM

Che Faezah berkata, bebannya sedikit ringan apabila menerima bantuan bulanan sebanyak RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan itu digunakan untuk menampung pelbagai keperluan termasuk sewa rumah RM150 sebulan serta perbelanjaan harian mereka tiga beranak.


Kadang Terpaksa Minta Bantuan Masjid

Menurutnya, ada masa mereka terpaksa mencatu makanan apabila keadaan kewangan sangat terhad.

“Alhamdulillah, bantuan bulanan yang diterima dapat meringankan beban saya walau ada kalanya terpaksa mencatu makan.

“Jika terputus makanan, terpaksa tebalkan muka hubungi saudara-mara terdekat untuk membantu. Kalau benar-benar terdesak, saya akan mendapatkan bantuan daripada pihak masjid berhampiran,” katanya.

Antara tempat yang sering membantu ialah Masjid As-Salam Pengkalan Chepa yang kadangkala memberikan sekitar RM30 untuk membeli barang dapur.

Selain itu, Masjid Mukim Chekok juga dilaporkan memberi bantuan sekitar RM100 setahun kepada golongan asnaf.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Che Faezah di talian 013-9984360.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!