Jalan utama KB-GM, selepas ‘Flyover’ Machang ditutup sepenuhnya

MACHANG – Laluan FT008 di Seksyen 348.10 hingga 350.20 Jalan Gua Musang–Kota Bharu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula semalam sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Machang, penutupan itu melibatkan kedua-dua arah laluan iaitu dari Kota Bharu ke Gua Musang dan sebaliknya.

Penutupan dibuat susulan berlakunya rekahan jalan akibat mendapan tanah (sinkhole) yang semakin serius dan berisiko mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

“Papan tanda pemberitahuan telah dipasang di lokasi terlibat dan semua pengguna dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif yang lebih selamat sepanjang tempoh penutupan,” kata JKR.

Pengguna dari arah Kota Bharu ke Gua Musang dan sebaliknya perlu memasuki Bandar Machang terlebih dahulu untuk melepasi kawasan jalan yang ditutup berdekatan flyover Machang

Menurut JKR Jajahan Macahang, antara laluan alternatif yang boleh digunakan ialah FT479 Jalan Kemuning–Bukit Belah, FT479 Jalan Kemuning–Bukit Belah ke D17 Jalan Machang–Pangkal Meleret–Wakaf Bata–Kampung China, laluan ke Tanah Merah melalui simpang Batu 30–Pangkal Chuit–Buncit–Pangkal Canggung–Wakaf Bata, serta laluan ke Kuala Krai melalui Jambatan Tanah Merah–Paloh Rawa–Buncit–Pangkal Chuit–Batu 30.

Selain itu, pengguna dari Bandar Machang ke Kota Bharu juga boleh melalui Jalan Masjid Hj Abdul Rahman–Lorong Petronas–Flyover Kota Bharu.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat JKR Jajahan Machang di talian 09-9752040.

Lokasi mendapan tanah adalah 1km selepas flyover Machang (dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang)

Anda juga boleh lihat lokasi mendapan tanah di pautan google maps dibawah untuk merancang perjalanan:
https://maps.app.goo.gl/NeXNVwtZdJZSpM8A8

#KelantanDaily
Sumber: JKR Jajahan Machang

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!