PGA Tumpaskan Sindiket Balak Haram, Rampasan RM1.59 Juta Di Gua Musang

Empat lelaki dicekup dalam dua serbuan berasingan menerusi Op Bersepadu Khazanah selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pembalakan haram dan mencuri balak di kawasan Ladang Serasa, Paloh, Gua Musang pada Ahad.

Tangkapan dilakukan anggota Risik Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Kelantan hasil risikan serta maklumat awam.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan pertama dilakukan kira-kira jam 8.30 malam apabila sebuah lori Isuzu berwarna kelabu yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan dalam keadaan mencurigakan di kawasan ladang getah.

Hasil pemeriksaan menemukan enam batang kayu balak disyaki kayu meranti di bahagian belakang lori tersebut, namun suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pemindahan sah daripada Jabatan Perhutanan.

Nilai rampasan bagi serbuan pertama itu dianggarkan RM140,000, membabitkan sebuah lori dan kayu balak yang dipercayai ditebang secara haram.

Dalam serbuan kedua kira-kira dua jam kemudian, tiga lagi lelaki ditahan selepas anggota PGA mengesan sebuah jentera berat sedang mengheret kayu balak menggunakan tali besi, manakala dua individu lain mengekori jentera berkenaan, dengan salah seorang daripadanya membawa mesin gergaji rantai.

Pemeriksaan lanjut di lokasi menemukan tujuh batang kayu balak, sebuah lori Isuzu, sebuah jengkaut dan sebuah jentolak, selain sebuah gergaji rantai yang dipercayai digunakan untuk aktiviti menebang dan mengangkut hasil hutan tanpa lesen.

Nilai keseluruhan rampasan bagi serbuan kedua itu dianggarkan RM1.45 juta, menjadikan jumlah rampasan keseluruhan bagi kedua-dua operasi mencecah RM1.59 juta.

Kesemua suspek berusia antara 32 hingga 48 tahun dan hasil ujian saringan air kencing didapati negatif serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Mereka dipercayai baru terlibat dalam kegiatan pembalakan haram sejak kira-kira tiga bulan lalu.


Semua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Kota Bharu untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!