Nilai Makin Kukuh, Peniaga Selatan Thailand Kembali Terima Ringgit Dalam Urus Niaga

Pengukuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) memberi nafas baharu kepada aktiviti perniagaan di Selatan Thailand apabila peniaga di wilayah itu kembali menerima mata wang Malaysia untuk urus niaga selepas lebih sedekad tidak digunakan secara meluas.

Tinjauan mendapati rata-rata peniaga tidak menolak penggunaan ringgit apabila RM1 kini bersamaan antara 8 hingga 8.2 baht, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka untuk menerima mata wang tersebut, khususnya daripada pelanggan Malaysia.

Seorang peniaga buah di Tak Bai, Kamariah Berahim, 60, berkata kenaikan semula nilai RM memberi keyakinan kepada peniaga untuk menerima mata wang tersebut.

“Kami jangkakan dengan kenaikan RM, rakyat Malaysia akan lebih berbelanja di sini. Ini kerana kami sememangnya mengharapkan mereka untuk melariskan jualan,” katanya.

Seorang lagi peniaga sayur, Saudah Zakaria, 53, berkata peniaga di kawasan itu sangat mengharapkan kedatangan orang Malaysia.

Menurutnya, kenaikan RM sedikit sebanyak diharap dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang membeli-belah.

“Walaupun ketika ini pengunjung dari Malaysia menurun selepas penutupan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, namun kami yakin kenaikan RM akan mendorong mereka untuk datang berbelanja di sini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Summer Thon, Nuree Che Ha, 27, berkata 85 peratus pelanggannya adalah dari Malaysia.

Beliau menjelaskan, sebagai peniaga, kenaikan RM memberi berita gembira kerana rakyat Malaysia dijangka lebih berbelanja dan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi tempatan.


“Setakat ini, sejak RM meningkat, jualan pada hujung minggu meningkat, malah ada dalam kalangan pelanggan dari Malaysia yang sanggup membuat tempahan awal,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!