‘Moksu Bedak Sejuk Viral’ Meninggal Dunia, Disyaki Mangsa Kes Langgar Lari

Seorang warga emas yang dikenali sebagai ‘moksu bedak sejuk viral’ dalam kalangan masyarakat di Kota Bharu dilaporkan meninggal dunia pada Ahad.

Allahyarhamah Tengku Jariahhanna Tuan Ismail dipercayai menjadi mangsa kejadian langgar lari sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) untuk mendapatkan rawatan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Engku Seri Kelantan di Facebook miliknya, yang memaklumkan ibu saudaranya telah meninggal dunia akibat insiden tersebut pada awal pagi.

Dalam hantaran itu, beliau turut memaklumkan sedang dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu dan memohon orang ramai menghadiahkan sedekah Al-Fatihah buat arwah.

Jenazah moksu bedak sejuk viral difahamkan masih berada di HPRZ II.

Allahyarhamah dikenali dalam kalangan masyarakat setempat dengan penampilan berbaju kurung, berbedak sejuk di wajah serta gemar berpantun ketika berinteraksi dengan orang ramai.



Sikapnya yang peramah dan ceria sering mencuit hati masyarakat, malah setiap kali menerima sedekah, beliau akan mendoakan pemberi dengan penuh semangat, menjadikan dirinya figura yang cukup dikenali dan disayangi ramai.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Peniaga Pasar Malam Di Kelantan Henti Niaga Untuk Solat Maghrib Berjemaah Raih Pujian
|
Suasana pasar malam di Lundang di Kota Bharu mencuri…
Dapat Mertua T20 Dari Kelantan, Wanita Kongsi Kisah Sebelum Dan Selepas Kahwin
|
Bukan semua kisah mertua dan menantu dipenuhi konflik. Seorang…
Anak Tukang Kebun Sekolah Dari Bachok Raih PNGK 4.00 Dalam STPM
|
Dua kali gagal dalam temuduga Institut Pengajian Guru (IPG)…
“Saya Mahu Hafaz Al-Quran” Mazraoui Bakal Bersara Awal Selepas Piala Dunia 2026
|
Pemain pertahanan Maghribi, Noussair Mazraoui mengejutkan ramai peminat bola…
Lima Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Dua Sepupu Hilang Di Kota Bharu
|
Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kehilangan…
Wanita Ditahan Jual Beras Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penjualan beras…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!