Lima Sekeluarga Maut Dalam Kebakaran Rumah Awal Pagi Di Raub

Suasana awal pagi yang sepatutnya tenang bertukar tragedi apabila lima sekeluarga maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub, awal pagi Khamis.

Mangsa yang terkorban ialah Mohd Alawi Muhammad, 56, dan isterinya, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak perempuan mereka iaitu Ruby Adira Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10.

Ketua Polis Daerah Raub, Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.40 pagi melalui panggilan anggota Pondok Polis Pamah Kulat.

Menurutnya, susulan itu pihak polis bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati lima sekeluarga yang menghuni rumah tersebut telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau memaklumkan dua lagi anak mangsa terselamat kerana tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

Difahamkan anak sulung berusia 19 tahun tinggal di asrama Kolej Matrikulasi Gambang, Kuantan manakala seorang lagi anak lelaki berumur 15 tahun berada di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Dong.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, keseluruhan rumah dilaporkan musnah 100 peratus dan kebakaran turut memusnahkan tiga buah kereta serta tiga buah motosikal.

Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!