[VIDEO] Isteri Terpaksa Jaga Suami Hilang Upaya Jatuh Bangunan Setinggi 10 Meter Di Kuala Krai

Hidup sebuah keluarga di Kuala Krai berubah sekelip mata apabila seorang lelaki hilang upaya selepas terjatuh dari ketinggian 10 meter ketika melakukan kerja menukar bumbung di sebuah kilang, Januari lalu.

Isterinya, Nor Salwani Mohammad Rani, 28, berkata suaminya, Mohd Faizal Rozeman, 32, mengalami kecederaan parah di kepala sehingga terpaksa menjalani pembedahan membuang sebahagian tempurung kepala bagi mengeluarkan darah beku.

Selain itu, Mohd Faizal turut mengalami retak tulang pinggul serta patah dua jari tangan kanan, menyebabkan dia kini mengalami kesukaran bercakap dan bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang dimasukkan melalui tiub di mulut.

Menurut Nor Salwani, ketika sihat, suaminya seorang yang rajin dan melakukan pelbagai kerja kampung untuk menyara keluarga, namun keadaan berubah selepas kejadian itu.

“Kami kini terpaksa bergantung kepada bantuan adik-beradik, saudara serta orang yang datang menziarah untuk membeli lampin dan susu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tualang, di sini.

Mengimbas kembali kejadian pada 12 Januari lalu, Nor Salwani berkata suaminya terjatuh selepas kayu yang dijadikan pelapik untuk berpijak patah ketika sedang bersiap menukar bumbung kilang berkenaan.

Akibat insiden itu, Mohd Faizal berada dalam keadaan koma selama tiga hari dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai sebelum dibenarkan pulang selepas sembilan hari menerima rawatan.

Lebih meruntun perasaan, Nor Salwani berkata ibu mentuanya, Rositah Ayub, meninggal dunia akibat serangan jantung seminggu selepas kejadian itu, dipercayai terkejut dengan insiden menimpa anaknya.

Namun berita duka itu terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan suaminya atas nasihat doktor bagi mengelakkan tekanan emosi yang boleh menjejaskan kesihatannya.

Sejak suaminya sakit, Nor Salwani terpaksa memperuntukkan kira-kira RM2,000 sebulan bagi menampung kos susu khas dan lampin pakai buang, di samping menguruskan keperluan empat anak, tiga daripadanya masih bersekolah.



Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Islam 03-072-02-118620-4 atas nama Nor Salwani Mohammad Rani atau menghubunginya di 011-1799 7305.



Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!