Dua Lelaki Didakwa Rogol Remaja 15 Tahun Di Tepi Jalan Di Kuala Krai

Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada hari ini atas pertuduhan berasingan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di lokasi sama pada hari berbeza sekitar Kuala Krai, awal Januari lalu.

Tertuduh pertama, Abdin Syakirin Hassan, 31, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, Amirul Hakimi Hashim, 24, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.

Mengikut pertuduhan, Abdin Syakirin didakwa merogol mangsa di tepi jalan Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Batu Mengkebang, Blok Pasir Putih pada 3 Januari lalu, kira-kira jam 3.30 petang.

Sementara itu, Amirul Hakimi pula didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa pada keesokan harinya, 4 Januari, di lokasi sama sekitar jam 3.30 petang.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan. Amirul Hakimi tidak diwakili peguam, manakala Abdin Syakirin diwakili peguam, Wan Amani Wan Azimin.

Siti Hajar tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan yang dihadapi adalah serius dan melibatkan kes rogol.

Namun, pihak pembelaan memohon jaminan terhadap Abdin Syakirin dengan alasan tertuduh bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan tidak menentu, perlu menjaga ibu bapa uzur serta tiada risiko melarikan diri.



Mahkamah membenarkan Abdin Syakirin diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Februari bagi serahan dokumen. Sementara itu, 28 Januari ini ditetapkan untuk prosiding fakta dan jatuh hukum bagi pengakuan bersalah Amirul Hakimi.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Makmal Bertaraf Global Dibuka, Kelantan Sasar Jadi Hab Industri REE Lengkap
|
Kelantan menyasarkan pembangunan rantaian industri unsur nadir bumi bukan…
Lelaki Dicekup Selepas Diekori 30KM, 1.2 Tan Minyak Masak Subsidi Dirampas
|
Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak…
Warga Emas Panjat Pagar 2 Meter Selamatkan Diri Dan Cucu Ketika Rumah Terbakar Di Tumpat
|
“Entah dari mana datangnya kekuatan itu…”Itu luahan seorang warga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!