Belajar Buat Senapang & Pistol Dari Youtube, Dua Beradik Pengutip Hutang Along Ditahan

Polis Kelantan menahan dua beradik tukang besi selepas merampas satu laras senapang, dua pistol buatan sendiri serta dua pistol tiruan dalam satu serbuan di Kampung Seneng, Jelawat, Bachok pada Selasa.

Serbuan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada D9, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan kira-kira jam 5 petang.

Turut dirampas ialah dua unit kelopak peluru, seunit sarung pistol, 27 biji ‘caliber powder ramset’, sebuah Proton Saga BLM dan tiga telefon bimbit.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek berusia 34 dan 37 tahun masing-masing mempunyai rekod jenayah dan narkotik.

Kedua-duanya dipercayai menggunakan kemahiran besi mereka untuk membuat senjata api selepas belajar melalui YouTube, manakala bahan-bahan diperoleh melalui aplikasi dalam talian.

Menurut Mohd Yusoff, senjata itu digunakan untuk mengambil upah sebagai pengutip hutang along dan aktiviti tersebut dijalankan sejak Oktober tahun lalu, dipercayai berjaya mengutip kira-kira RM200,000. Ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif methamphetamine.



Suspek kini direman empat hari bermula Selasa hingga 17 Januari bagi siasatan mengikut Seksyen 8(a) dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!