Pelajar tingkatan satu dihanyut arus deras di Sungai Ulu Sat, Machang

Kegembiraan dua beradik bermain air di sungai bertukar tragedi apabila seorang pelajar Tingkatan Satu dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di kawasan pintu air Sungai Ulu Sat, dekat Kampung Ulu Sat, Machang pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 hingga 4.30 petang, mangsa berusia 13 tahun dilaporkan hilang, manakala abangnya berusia 15 tahun sempat menyelamatkan diri selepas berpaut pada batu sebelum dibantu penduduk kampung.

Saksi kejadian, Muhamad Azam Faiz Anuar, 19, berkata ketika dalam perjalanan pulang dari Pasir Puteh, kereta yang dipandunya ditahan seorang remaja yang memaklumkan dua rakannya dihanyutkan arus deras.

“Saya hentikan kereta dan nampak seorang mangsa sedang berpaut pada batu. Saya terus hubungi pihak bomba dan rakan untuk mendapatkan tali,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tali berkenaan digunakan untuk menarik abang mangsa ke tebing sungai, namun adiknya telah dibawa arus deras dan gagal dikesan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Mohamad Alam Shah Yazid, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.33 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati seorang remaja lelaki hilang manakala abangnya berjaya diselamatkan oleh orang awam. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa ditangguhkan pada jam 7.47 malam atas faktor keselamatan,” katanya.

Operasi SAR akan disambung semula esok (Sabtu) dengan bantuan beberapa agensi berkaitan bagi mengesan mangsa yang masih hilang.



Sumber: Sinar Harian, Kosmo

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!