Polis buka siasatan kes model Rusia dakwa jadi mangsa kata-kata lucah

KUALA LUMPUR – Polis menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat seorang model warga Rusia yang mendakwa menjadi mangsa kata-kata berbaur lucah ketika sedang makan di sebuah restoran di Bukit Bintang, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata laporan berkenaan dibuat mangsa di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat.

“Semakan awal mendapati laporan itu berkaitan video di aplikasi TikTok yang didakwa memalukan pengadu dengan perkataan berbaur lucah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, model warga Rusia Alisa Kasimova, 26, membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa kata-kata lucah daripada seorang pempengaruh tempatan ketika sedang makan di sebuah restoran di Bukit Bintang.

Rakaman kejadian itu turut tular di media sosial dan mencetuskan kecaman ramai terhadap tindakan pempengaruh berkenaan.

Menurut Alisa, laporan dibuat selepas menerima nasihat daripada individu di sekelilingnya yang bimbang akan keselamatannya.



Sementara itu, difahamkan pempengaruh lelaki terbabit telah tampil memohon maaf selepas menerima kecaman hebat daripada orang ramai.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!