Lebih 100 kampung lagi di empat jajahan di Kelantan di ramal banjir

Lebih 100 kawasan rendah di lima jajahan di Kelantan diramal berdepan banjir bermula hari ini hingga 30 November, susulan hujan berterusan yang dijangka berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) memaklumkan amaran itu dikeluarkan berikutan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia serta paras air di beberapa sungai utama yang dijangka melepasi paras bahaya.

Menurut PRABN, kawasan dijangka terjejas melibatkan jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah, khususnya kampung-kampung dalam lingkungan lima kilometer dari Lembangan Sungai Kelantan.

Di Gua Musang, kawasan berisiko termasuk Kampung Jeram Tekoh dan Kampung Limau Kasturi.

Amaran banjir kampung di Kelantan


Di Kuala Krai pula, sebahagian besar penempatan rendah dijangka terkesan seperti Kampung Mambong, Kampung Pahi, Kampung Bahagia, Kampung Bekok, Kampung Cheneh, Kampung Batu Mengkebang, Kampung Sungai Pas, Kampung Temalir, Dusun Damar dan Taman Perisai Wira.

Sementara itu di Machang, antara lokasi yang berisiko ialah kawasan rendah sekitar Sungai Kelantan termasuk Kampung Pangkal Durian dan Kampung Kolam Abu.

amaran banjir



Di Tanah Merah pula, beberapa kampung berdekatan sungai seperti Kampung Jerangau, Kampung Chekok Ipoh, Taman Kiara, Kampung Belimbing dan Kampung Kerilla turut berada dalam senarai kawasan yang perlu berwaspada.

BACA: INFO TERKINI JALAN DITUTUP DAN ARAS SUNGAI UTAMA KELANTAN

PRABN mengingatkan bahawa banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa dijangka, justeru penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan sentiasa peka pada arahan pihak berkuasa.



Sumber: Bernama, MetMalaysia

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!