Air mineral premium ini rupanya lahir dari sebuah pusat tahfiz

Siapa sangka, rupanya air mineral premium ini dimiliki pengusaha pusat tahfiz

Siapa sangka, pencarian sumber air untuk kegunaan harian sebuah pusat tahfiz kecil di Rantau, Negeri Sembilan akhirnya membuka pintu rezeki yang jauh lebih besar.

Semuanya bermula apabila Maahad Tahfiz yang diasaskan oleh Yayasan Al Ammar berdepan masalah ketiadaan air, memaksa pihak pengurusan menggali telaga sebagai penyelesaian sementara.

Dalam usaha itu, mereka menemui mata air jernih yang memancar tanpa henti. Lebih mengejutkan, ujian makmal menunjukkan air tersebut bukan sahaja bersih, malah kaya mineral serta mengandungi oksigen terlarut melebihi 100 peratus.

Penemuan luar biasa ini akhirnya membawa kepada kelahiran Bubbles O2 Sdn. Bhd., sebuah jenama air mineral premium milik penuh bumiputera.

Operasi syarikat ini dijalankan di Taman Pengeluaran Produk Usahawan (TPPU) Pedas lengkap dengan fasiliti moden serta pasukan kerja terdiri daripada 189 penduduk tempatan.

Dari situ, setiap botol Bubbles O2 bukan sekadar air minuman, ia membawa kisah perjuangan, keberkatan, dan sumber rezeki untuk masyarakat setempat serta membantu kelangsungan pendidikan asnaf dan anak yatim di Kompleks Al Ammar.

Bubbles O2 semakin diyakini ramai apabila menerima pengiktirafan HALAL JAKIM, HACCP dan GMP. Dari pasaran tempatan, jenama ini kini menembusi Brunei, Indonesia, Amerika Syarikat, Kanada dan UAE.

Kejayaan itu turut diserikan dengan anugerah seperti SME Best Choice Best Brand Award (Natural Mineral Water) 2021 dan Bumiputera Business Excellence Awards 2024 – Best Brand Award (Mineral Water).

Ketua Pegawai Eksekutif Bubbles O2, Wan Syazri Wan Sulong, berkata mata air tersebut ditemui ketika kerja meratakan tapak pembinaan Kompleks Al Ammar pada 2018.

Air jernih bersama gelembung oksigen yang mengalir dari bawah tanah itu kemudian disahkan makmal bertauliah mengandungi mineral baik dan oksigen terlarut yang sangat tinggi, seterusnya membuka ruang komersialisasi di bawah jenama Bubbles O2.

Beliau menjelaskan bahawa kebanyakan air beroksigen di pasaran menggunakan teknologi tambahan, namun Bubbles O2 ialah air mineral semula jadi dari sumber yang ditemui sendiri oleh pusat tahfiz tersebut.

Keuntungan jualan juga membantu operasi Kompleks Al Ammar yang ketika itu mempunyai 24 pelajar tahfiz berusia 13 hingga 16 tahun.

Jom support air mineral premium jenama bumiputra:

Beli di Shopee

Beli di TikTok Shop

Sumber: Berita Harian, MARA

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan