Rakyat Kelantan diajak rapatkan saf solidariti, doa bersama pejuang GSF Gaza

KOTA BHARU – Program Kelantan Bangkit Bersama GSF Gaza akan berlangsung hari ini, Jumaat, 3 Oktober 2025 bertempat di Padang Tepi Lotus, Lembah Sireh, Kota Bharu bermula jam 4.30 petang hingga 7.00 malam.

Acara itu diadakan sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini berdepan cabaran besar di perairan antarabangsa.

Menurut perkongsian pempengaruh media sosial, Que Yahaya, atur cara himpunan ini akan bermula seawal jam 4.30 petang sebelum diadakan perarakan sekitar padang. Program juga bakal dimeriahkan dengan bacaan doa, persembahan qasidah oleh pelajar tahfiz dan pondok, sketsa serta nyanyian lagu Palestin.

Selain itu, pengunjung berpeluang mendengar ceramah berkaitan isu Palestin, diikuti bacaan Qunut Nazilah dan doa penutup sebelum acara berakhir sekitar jam 7.00 malam.

Penganjur mengajak masyarakat Kelantan hadir beramai-ramai untuk merapatkan saf solidariti, sekali gus menzahirkan sokongan terhadap perjuangan kemanusiaan rakyat Palestin.

#KelantanDaily

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan