Lelaki parah ditetak bapa saudara angkat di Pasir Puteh

PASIR PUTEH – Seorang lelaki direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menetak hingga menyebabkan kecederaan parah dalam kejadian di Kampung Kulim, di sini, pada Selasa.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Aiman Azahan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, suspek berusia 55 tahun dikatakan datang ke rumah mangsa sebelum menetak lelaki berusia 44 tahun itu beberapa kali menggunakan sebilah parang.

“Siasatan awal mendapati motif serangan dipercayai berpunca daripada dendam lama. Suspek adalah adik-beradik angkat ibu mangsa dan tinggal berhampiran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa cedera parah di tangan kanan dan kepala sebelum dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, suspek bertindak melarikan diri selepas kejadian namun ditahan di rumahnya tidak lama kemudian.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!