Dari Gua Musang hingga ke Raub dikejar polis, 5 individu ditahan bersama dadah

RAUB – Aksi kejar-mengejar sejauh lebih 100 kilometer antara polis dan sebuah kereta dinaiki lima individu berakhir dramatik apabila kenderaan itu terbabas di hadapan Balai Polis Dong, di sini semalam.

Kejadian yang bermula di Jalan Tanah Putih, Gua Musang, Kelantan itu menyaksikan dua lelaki tempatan dan tiga wanita warga Indonesia ditahan selepas kereta Proton Preve yang mereka naiki melanggar tiang lampu isyarat serta sebuah kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi Jumaat apabila sepasukan anggota Unit MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang mengesan kenderaan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila diarahkan berhenti, pemandu kenderaan enggan berbuat demikian dan terus memecut secara berbahaya menuju ke arah Raub.

“Kereta terbabit akhirnya terbabas selepas melanggar tiang lampu isyarat serta sebuah kenderaan lain di hadapan Balai Polis Dong,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Shahril berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiga wanita warga Indonesia tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, manakala pemeriksaan lanjut menemui 34 biji pil disyaki dadah jenis yaba (WY) dan satu paket disyaki syabu.

“Siasatan juga mendapati nombor pendaftaran kenderaan tersebut adalah palsu, dan dua lelaki tempatan dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’ atau tekong darat yang membawa warga asing dari Kelantan ke Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dua suspek utama turut ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747) bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Shahril menegaskan, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan migran dan pemerdagangan manusia.



“Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti seumpama itu kepada Bilik Gerakan IPD Raub di talian 09-3552222,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!