Warga emas dikhuatiri lemas selepas dua hari tidak pulang memancing

TUMPAT – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas dua hari tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing di perairan Kelantan berhampiran sini.


Mangsa, Ahmad Hussien, 71, yang juga nelayan pantai dari Kampung Kelaboran, dilaporkan keluar seorang diri dari jeti Tanjung Kuala selepas subuh kelmarin dengan menaiki bot fiber.


Menurut laporan Kosmo, isterinya, Che Bunga Yaakob, 55, mula berasa bimbang apabila suaminya tidak pulang seperti kebiasaannya pada tengah hari semalam.


“Sudah lebih 10 kali saya cuba hubungi suami, tapi tidak berjawab. Saya risau kerana cuaca tidak menentu ketika ini tambahan pula dia hanya membawa bekal lima biji pisang rebus dan sebotol air mineral,” katanya ketika ditemui di Pantai Geting hari ini.


Che Bunga turut memaklumkan, suaminya ada menunjukkan tanda-tanda luar biasa sebelum keluar memancing apabila memotong rumput dalam jumlah banyak seolah-olah bersedia untuk tempoh yang lama.


“Biasanya dia akan pulang pada hari sama jika keluar memancing. Dia juga meminta saya merebus pisang kerana mahu membawa bekal,” ujarnya.


Sementara itu, jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada pukul 7.30 pagi tadi dengan tumpuan radius kira-kira lima batu nautika dari daratan Pantai Geting, Tumpat dan Kuala Besar, Kota Bharu. –#KelantanDaily

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!